Rumah kita adalah syurga kita. Sudah tentunya kita tidak sengan hati jika mendapati nahawa kediaman kita mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Kebanyakan kali, kebersihan rumah menjadi faktor utama rumah berbau. Pengedaran udara yang tidak baik juga menjadi masalah dalam sesetengah rumah sehingga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan di dalam rumah. Bagaimanakah dapat anda mengelakkannya? Ikutilah panduan ini.
Tiada Yang Remeh Pasal Kebersihan Rumah
Rumah yang kotor serta busuk akan menjadi punca penyakit kepada penghuni yang mendiami rumah tersebut. Setiap sudut rumah, seeloknya, perlu bebas daripada sebarang kekotoran sama ada daripada habuk, sampah, kesan tumpahan, kulat, sarang labah-labah dan sebagainya. Namun adakalanya kita terlepas pandang terhadap perkara-perkara remeh yang menjadi penyebab terkumpulnya bau tidak enak di dalam rumah.
Untuk memastikan keadaan rumah anda tidak menjadi punca pelbagai bau busuk, anda perlu melakukan senarai semak dan melaksanakan langkah-langkah penting seperti di bawah ini.
Pinggan-Mangkuk Kotor – Mengapa Bertimbun Dalam Sinki?
Mencuci periuk selepas memasak, atau pun pinggan-mangkuk selepas makan, sudah tentunya menjadi tugas yang membosankan, bukan? Jika di luar negara kebanyakan rumah menggunakan mesin pencuci pinggan-mangkuk dipanggil dishwasher. Tetapi di Malaysia, kebanyakan keluarga melakukan cucian tangan, yang hanya memerlukan sabun pencuci pinggan mangkuk, span dan juga air untuk membilas.
Masalah dengan cucian tangan ialah kita cenderung untuk membiarkan timbunan pinggan-mangkuk dan beka makanan berkumpul dalam sinki selama berjam-jam (mungkin juga berhari-hari!) tanpa dibasuh. Ini adalah salah satu penyebab punca kemunculan bau yang tidak menyenangkan di sekitar rumah. Sebaiknya, pingan mangkuk dicuci sebaik sahaja ia dimasukkan ke dalam sinki, dan tidak dibiarkan sahaja si situ. Peringatan: Didapati bahawa semakin lama anda membiarkan bekas makan minum tidak dicuci, anda akan menjadi semakin malas untuk menguruskannya.
Udara Biar Berkitaran – Hidupkan Kipas!
Asap yang terhasil daripada pelbagai jenis masakan tidak boleh dibiarkan terperangkap di dalam rumah. Jika dapur anda mempunyai kemudahan kipas atau ekzos dapur, anda boleh menyingkirkan asap dan bau memasak yang tersebar secara terus dengan menghidupkan ekzos dapur. Ianya cara paling cepat dan mudah. Namun tidak semua rumah mempunyai kemudahan ini.
Cara lain adalah dengan memastikan tingkap-tingkap di rumah, terutama sekali di dapur, sentiasa dibuka semasa dan selepas memasak. Tingkap atau pintu yang terbuka akan membenarkan pengaliran dan pertukaran udara serta mengeluarkan asap masakan yang terhasil dengan lebih cepat.
Tips: Setelah yakin kesemua asap masakan telah keluar daripada rumah, anda boleh juga gunakan penyembur wangian udara untuk menyegarkan lagi udara dalam rumah. Sembur di keseluruhan ruang dapur dan ruang tamu rumah anda.
Rumah Berbau Kucing?
Tidak hairan jika anda memiliki haiwan peliharaan kesayangan seperti kucing, arnab, burung dan sebagainya. Begita comel dan manja haiwan-haiwan ini! Setiap haiwan mempunyai baunya yang kadangkala tidak enak terutama bila ia jarang dimandikan. Bau juga terhasil apabila haiwan tersebut membuang najis , tidak kira sama ada bekas pasir khas atau tandas rumah anda.
Bulu haiwan tang suka duduk atau bermain si sofa, katil dan sebagainya juga menginggalka bau mereka di parabut-perabut tersebut. Adakalanya, bau sukar untuk dihilangkan.
Bagi rumah yang mempunyai haiwan peliharaan, anda disarankan untuk meneutralkan bau tersebut dengan arang aktif atau activated charcoal. Arang aktif berfungsi sebagai penyerap bau udara busuk yang terhasil daripada haiwan peliharaan dan juga lain-lain punca. Arang aktif ini lebih selamat untuk digunakan untuk jangka waktu panjang berbanding dengan semburan wangian ynag kuat.
Tiada Alasan Bagi Sampah Berbau!
Tidak ramai antara kita yang membuang sampah di rumah setiap hari. Kebanyakan orang hanya membuang sampah sekali dalam dua atau tiga hari sahaja, melainkan jika tong sampah telah pun penuh.
Adakalanya, tanpa disedari, sampah akan mula berbau busuk, terutama sekali jika terdapat sisa bahan mentah seperti ikan, ayam, sayur, nasi dan sebagainya. Sisa-sisa tersebut akan mula rosak atau basi, da setersnya mengeluarkan bau busuk.
Untuk mengurangkan bau daripada tong sampah yang belum cukup penuh, cuba gunakan hirisan buah sitrus seperti limau atau lemon. Masukkan hirisan-hirisan lemon atau limau ke dalam tong sampah, sebaik-baiknya sebelum diisikan dengan sampah. Ia amat berkesan untuk mengurangkan bau busuk daripada ting sampah.
Ada bayi, ada bau kencing? Tak semestinya!
Adakalanya air kencing bayi akan tertiris keluar daripada lampin dan mengenai persekitaran rumah seperti karpet, sofa dan katil. Bau air kencing bayi atau kanak-kanak ini tidak boleh dihilangkan seratus peratus dengan penggunaan air biasa atau air sabun. Sebaliknya, cuba gunakan cuka untuk menghilangkan bau tersebut.
Caranya adalah dengan menyediakan botol penyembur. Campurkan kira-kira ¼ bahagian cuka ke dalam botol yang mengandungi ¾ bahagian air biasa. Goncang botol dan semburkan pada bahagian yang terkena air kencing selepas anda membersihkannya dengan sabun dan air. Cuka akan menyerap ke dalam fabrik dan menghilangkan bau dengan lebih berkesan.
Busuknya bau asap rokok – Tips untuk menghilangkannya dengan segera
Bau asap rokok menghasilkan bau yang kuat sehingga boleh melekat pada dinding rumah, kerusi sofa dan langsir.
Dengan peralatan moden seperti pembersih udara, bau keras seperti asap rokok boleh dihilangkan dengan mudah di seluruh rumah anda. Salah satu fungsi terpenting alat pembersih udara ialah keupayaan untuk menghilangkan bau dalam udara dalam rumah yang dicemari oleh asap rokok, debu, debunga, kulat, dan bau haiwan peliharaan
Cara semulajadi menghilangkan bau asap rokok ialah dengan menggunakan cecair ekstrak vanila. Ia menghasilkan aroma bau manis yang kuat yang akan mengisi ruang udara anda bagi menggantikan bau rokok yang memedihkan hidung dan tekak anda. Caranya ialah dengan merendam gumpalan kapas muka ke dalam cecair esktrak vanila dan meletakkan di beberapa kawasan atau sudut rumah di mana bau asap rokok didapati paling kuat.
Tandas bau? Tiada masalah, lakukan berikutnya
Tandas dan bilik mandi adalah dua tempat yang kita akan gunakan secara kerap di rumah. Perkongsian bilik mandi dan tandas oleh individu yang berbeza menghasilkan pelbagai jenis bau badan dan sebagainya setipa kali ia digunakan.
Kebersihan adalah faktor pertama yang perlu diutamakan untuk memastikan tandas dan juga bilik air tidak menjadi tempat yang busuk dan menjijikkan. Mangkuk tandas, lubang saluran air dan lantai haruslah dibersihkan setiap hari dengan menggunakan bahan pencuci seperti sabun dan cecair pencuci tandas.
Namun ia tidak menjamin dapat menghilangkan bau untuk sepanjang hari. Cara terbaik untuk menghilangkan bau ialah melalui alat pewangi khas untuk kegunaan tanda. Bahan pewangi ini boleh terdiri daripada alat penyembur, atau pun alat penyegar yang mengeluarkan bau wangi secara automatik. Pilihlah bau yang digemari untuk membantu menyingkirkan bau yang tidak enak dalam tandas dan bilik mandi.