Ingat Sebelum Membeli! Tip Memilih Barangan Kosmetik

Alangkah indahnya dunia kosmetik. Kebolehan untuk mencantikkan diri masing-masing memang sesuatu yang mengasyikkan bagi wanita. Mereka sanggup menghabiskan masa sehingga berjam-jam lamanya di butik peralatan mekap dan kosmetik semata-mata untuk memenuhi kepuasan mencari kelengkapan mekap yang diinginkan. Adakah ia berbaloi?

Perihal kosmetik dan pembelanjaan wanita
Wanita yang terlalu obses dengan barang mekap tidak berbelah bahagi untuk membelanjakan sebahagian besar dari wang pendapatannya setiap bulan sebagai pelaburan aset kecantikan yang dimilikinya. Namun, ada juga yang ingin kelihatan cantik tetapi terpaksa berhadapan dengan kekangan wang. Bagi wanita yang tergolong dalam kategori ini, anda sebenarnya masih berhak untuk tampil cantik dengan memiliki peralatan kosmetik yang diinginkan. Terdapat beberapa tips penjimatan membeli kosmetik yang boleh diikuti. Seperti nasihat pakar kewangan, berbelanjalah secara bijak dan jangan membazir.

Khusus untuk wanita di luar sana, ini dia beberapa tips penjimatan membeli kosmetik yang berbaloi untuk anda mencubanya sendiri.

1. Tak perlu mengumpul item yang serupa
Sebelum menuju ke butik kosmetik, ambil masa untuk semak terlebih dahulu laci dan meja mekap sama ada terdapat barangan yang masih belum habis digunakan. Adakalanya wanita terlalu obses mengikut trend dan ingin memiliki produk-produk baharu yang muncul di pasaran sehingga lupa apa yang sudah pun dimiliki di rumah. Kunci di sini ialah kesabaran. Kawal diri daripada keinginan untuk mengejar kosmetik terbaru yang muncul di pasaran kerana ia sememangnya tidak akan pernah berpenghujung. Sebagai contoh lipstik yang sedia ada mungkin memerlukan masa antara dua sehingga tiga bulan untuk dihabiskan. Berpada dengan apa yang masih ada sebelum menggantikannya dengan yang baharu.

2. Elak daripada mengutamakan jenama
Sebelum menuju ke butik kosmetik, ambil masa untuk semak terlebih dahulu laci dan meja mekap sama ada terdapat barangan yang masih belum habis digunakan. Adakalanya wanita terlalu obses mengikut trend dan ingin memiliki produk-produk baharu yang muncul di pasaran sehingga lupa apa yang sudah pun dimiliki di rumah. Kunci di sini ialah kesabaran. Kawal diri daripada keinginan untuk mengejar kosmetik terbaru yang muncul di pasaran kerana ia sememangnya tidak akan pernah berpenghujung. Sebagai contoh lipstik yang sedia ada mungkin memerlukan masa antara dua sehingga tiga bulan untuk dihabiskan. Berpada dengan apa yang masih ada sebelum menggantikannya dengan yang baharu.

3. Rajinkan diri untuk minta sampel percuma
Rajinkan diri anda untuk melayari laman web atau menyertai program pengedaran sampel kosmetik percuma kepada pelanggan. Kebiasaannya anda boleh menjumpai tawaran-tawaran sampel percuma ini menerusi laman web rasmi dan dengan mengikuti laman media sosial seperti facebook, instagram dan twitter. Lebih menarik lagi sampel ini dihantar terus ke alamat rasmi anda sama ada terus ke rumah atau di pejabat tempat anda bekerja. Semakin rajin anda mengikuti program pengedaran sampel kosmetik percuma, semakin banyak koleksi yang anda boleh kumpulkan di rumah, semakin banyak wang yang mampu dijimatkan.

Sampel percuma juga boleh diperolehi melalui kunjungan anda ke pelancaran produk-produk baru yang diperkenalkan oleh syarikat pengeluar barangan kosmetik. Kebiasaannya mereka akan mengedarkan sampel pertama kepada pengguna sebagai taktik pemasaran untuk mendapatkan promosi secara percuma daripada bakal pelanggan.

4. Sertai program keahlian dan / atau dapatkan kupon
Ramai yang ragu-ragu memohon program ahli seumur hidup kerana tidak sanggup mengeluarkan sejumlah wang sebagai ahli tetap. Dengan menjadi ahli sesuatu syarikat jenama kosmetik, anda berpeluang merebut tawaran menarik yang dianjurkan dari semasa ke semasa seperti diskaun potongan harga besar-besaran, tebusan melalui kupon dan sebagainya.

Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti tawaran promosi yang ditawarkan kepada ahli dari semasa ke semasa. Antaranya melalui emel, aplikasi dan sebagainya. Banyak wang mampu anda jimatkan apabila membeli sebagai ahli di saat syarikat tersebut menganjurkan diskaun potongan harga secara bersar-besaran.

5. Sentiasa mencuci peralatan yang boleh dibersihkan
Terdapat peralatan kosmetik yang boleh dicuci seperti berus maskara, berus pembayang mata, dan berus pipi untuk memastikan kebersihannya terjaga, selamat digunakan dan sentiasa kelihatan baru. Elakkan daripada terus membuang peralatan yang tidak digunakan. Sebaliknya kumpul dan semak satu persatu jika ia masih boleh dikitar semula untuk kegunaan semula. Peralatan kosmetik seumpama ini apabila dijaga dengan baik selalunya boleh digunakan untuk tempoh yang lebih lama. Sekurang-kurangnya anda masih sempat mengumpul sejumlah wang sebelum menggantikannya dengan peralatan sama yang baru.

6. Do It Yourself (DIY)
Sekali sekala apa kata anda belajar menghasilkan kosmetik, barangan kecantikan dan pembersihan diri secara DIY. Terdapat begitu banyak tutorial DIY cara-cara menghasilkan sesuatu barangan secara langkah demi langkah. Antaranya kaedah menghasilkan cecair penanggal mekap menggunakan bahan-bahan semulajadi, teknik menghasilkan pembayang mata berkilau, teknik mengilatkan olesan gincu bibir dan sebagainya. Barangan yang dihasilkan secara DIY boleh dihasilkan dan disimpan dalam kuantiti yang banyak serta boleh digunakan untuk tempoh masa yang lebih lama. Yang penting anda mesti rajin mempelajari tutorial DIY dengan mencubanya sendiri di rumah.

7. Pelbagaikan teknik mekap
Terdapat seribu satu cara anda boleh kenakan mekap pada wajah. Apabila anda mengenakan teknik mekap tebal setiap hari, sudah tentu anda tidak akan mampu menjimatkan peralatan kosmetik secara maksima. Sebagai contoh penggunaan bedak asas dan maskara. Jika setiap kali keluar anda mengenakan mekap tebal dengan teknik yang sama, sudah tentulah ia memakan belanja yang besar untuk penggantian semula. Teknik mekap nipis yang membuatkan wajah anda kelihatan cantik secara semulajadi mampu menjimatkan peralatan kosmetik anda untuk tempoh penggunaan yang lebih lama. Begitu juga dengan lipstik. Ada harinya anda hanya perlu mengenakan lipstik nipis yang dioles dengan lip balm bagi menampilkan bibir yang segar dan basah tanpa perlu mengenakan olesan lipstik yang tebal sepanjang masa.

8. Bandingkan harga sebelum membeli
Harga barangan kosmetik dan kecantikan di butik dan drugstore selalunya mempamerkan perbezaan harga yang ketara jika dibandingkan dengan ruangan khas dalam rangkaian membeli belah yang lain seperti AEON, Tesco, Giant dan sebagainya. Buatlah perbandingan harga di antara rangkaian yang anda kunjungi bagi memastikan pusat mana yang menawarkan harga yang memberikan pulangan maksimum bersesuaian dengan bajet anda. Walaupun pilihan yang ditawarkan tidak banyak berbanding butik dan drugstore, namun masih terdapat pilihan kosmetik yang berkualiti pada harga yang lebih murah untuk anda.

9. Ketahui warna & jenis mekap paling bersesuaian
Setiap orang mempunyai jenis, warna kulit dan tekstur wajah yang berlainan. Perbezaan ini menentukan teknik, gaya mekap dan keperluan mekap yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Rajinkan diri anda dengan melakukan sedikit rujukan sama ada melalui majalah komestik, rujukan di internet atau bertanya secara langsung kepada mereka yang pakar dalam dunia mekap berkenaan dengan gaya mekap yang paling bersesuaian dengan diri anda. Dari situ anda boleh mendapatkan tips tentang keperluan asas yang diperlukan untuk mendapatkan hasil mekap yang optimum. Dari situ anda boleh menyenaraikan apa yang diperlukan dan mengasingkan perkara-perkara yang tidak perlu dimasukkan dalam senarai pembelian.

10. Kitar semula bekas mekap anda
Terdapat peralatan mekap dan kosmetik yang membenarkan pengisian semula atau refill. Bekas seperti face powder, palet pembayang mata dan pemerah pipi boleh disimpan selepas habis digunakan. Oleh itu, amat penting bagi anda untuk memilih jenis mekap dan kosmetik yang membenarkan pengisian semula untuk penjimatan wang semasa pembelian kali kedua dan seterusnya. Secara tidak langsung, anda juga akan dapat memainkan peranan untuk memelihara persekitaran dengan cara mengurangkan bahan buangan!

About Us | Contact Us
@2020 NaturalHealth.my. All Rights Reserved.