Keistimewaan Buah Amla

Buah amla yang juga dikenali sebagai Indian gooseberry ini banyak khasiatnya termasuk kandungan vitamin C yang tinggi berbanding buah lain. Buah ini berbentuk bulat atau lonjong, berwarna hijau ketika muda dan kemudian bertukar menjadi kekuningan coklat setelah masak. Kajian saintifik dan klinikal banyak membuktikan keajaiban buah amla yang digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif, khususnya Ayurveda.

1. Buah amla kaya dengan asid askorbik, atau Vitamin C, di mana ia 20 kali ganda berbanding dengan buah oren. Menariknya, kandungan Vitamin C dalam buah ini tidak hilang walaupun dijeruk di dalam air garam atau di proses dalam bentuk buah kering.

2. Buah amla dapat membantu menurunkan berat badan. Ia kaya dengan kandungan serat dan rendah kalori. Kandungan serat yang tinggi ini membantu melancarkan fungsi usus, mengurangkan rasa lapar sekaligus mengenyangkan. Oleh itu, ia sangat sesuai kepada mereka yang sedang berdiet.

3. Buah amla digunakan oleh sesetengah komuniti di nagara asing untuk membantu dalam mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, yakni mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain.

4. Buah kaya dengan asam sitrat semula jadi, yang mampu melindungi otak dari penyakit otak degeneratif tertentu yang berhubung kait dengan zat besi berlebihan dalam sel otak. Kadar zat besi yang tinggi, boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh, terutama sel dalam otak. Buah amla, di sebagai sebahagian diet mingguan sekurang-kurangnya, dapat membantu menyekat pengumpulan zat besi dalam sel dan mengurangkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer dan angin ahmar.

5. Buah bertaraf ‘superfood’ ini juga kaya dengan zat-zat yang dapat menjauhi penyakit kanser. Ia kaya dengan antioksidan, dan bersama-sama kandungan lain sepert zat folat, kandungan fenolik, vitamin C dan E, yang berperanan penting dalam pencegahan pertumbuhan yang tidak diingini. Nutrisi tersebut mampu mengurangi, mengelak dan memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh peradangan dalam tubuh badan.

6. Amla mampu membantu dalam pengawalan gula dalam darah. Ia kaya dengan serat makanan yang dapat melambatkan serapan gula ke dalam sistem pengaliran darah badan, dan seterusnya menjauhi lonjakan paras gula dalam darah.

 

About Us | Contact Us
@2020 NaturalHealth.my. All Rights Reserved.