BEST Hospital (Kota Bharu, Kelantan)
Delivering Comfort: How to Choose the Best Maternity Hospital for Your Journey
Welcoming a new life into the world is one of the most significant milestones in life. Choosing the right maternity hospital is essential to guaranteeing a safe and satisfying childbirth experience. How do you choose when there are so many options? To assist you in making an informed decision, here is a guide.
Reputation and Expertise
Look for hospitals that have an excellent track record for maternity care. Seek out hospitals that are renowned for having highly qualified, knowledgeable, experienced & skilled obstetricians and newborn specialists. Prioritised hospitals that have been accredited by respectable organizations like MSQH (Malaysian Society for Quality in Health), JCI, and ISQua. Recommendations from close friends, reviews from other mothers and guidance from your doctor/ midwife can all offer insightful information.
Facilities and Amenities
A good maternity hospital should provide clean, comfortable and private rooms and modern medical facilities. Verify whether the hospital has neonatal intensive care units (NICUs) and whether operating theatre personnel are available on hand for emergencies after hours.
Hospitals that provide a family-friendly atmosphere, such as letting your husband or a family member to accompany you in the labour suite in his absence, can make your experience more reassuring.
Specialized Services
Many hospitals now provide customized delivery plans, including natural births, epidural options and elective caesarean sections. Be certain that the hospital will accommodate any specific preference you may have.
Ascertain whether they offer antenatal classes and postpartum care services such as breastfeeding support (Baby-Friendly Hospital Initiative, BFHI) and postnatal home – nursing.
Cost and Insurance Coverage
Understand the pricing structure and determine if your hospital stay is covered by your employer’s or personal insurance policy. For cash-paying mothers, several hospitals offer appealing maternity packages; comparing them could help you stay within your budget without compromising the quality of care.
Proximity and Accessibility
Choose a hospital close to your home to ensure that you can get there promptly during labour, especially in urban regions and city centres where traffic patterns and accessibility at different times of the day are crucial considerations.
Patient-Centred CARE
Your choice of a maternity hospital will influence your childbirth experience. Select one where the hospital & personnel have a patient-centric culture: Committed and dedicated, Accountable and with integrity, Respectful of your birthing preference and is truly Excellent in providing the finest CARE possible.
By taking into account elements like the hospital’s culture, expertise, facilities, and pricing, you can make a confident decision. After all, every mother should be able to welcome her tiny wonder into the world in a secure and supportive environment.
Dr. Awang Nila Bin Ismail
Consultant Obstetrician & Gynaecology
(Head O&G)
KPJ Perdana Specialist Hospital
Hospital TERBAIK (Kota Bharu, Kelantan)
Keselesaan Ketika Melahirkan: Cara Memilih Hospital Bersalin Terbaik untuk Perjalanan Anda
Menyambut kehadiran insan baru ke dunia merupakan salah satu detik yang paling bermakna dalam hidup setiap pasangan. Memilih hospital bersalin yang tepat adalah langkah pertama yang penting untuk memastikan pengalaman bersalin yang selamat dan menggembirakan. Bagaimanakah anda boleh memilih tempat bersalin yang tepat apabila terdapat begitu banyak pilihan? Berikut adalah panduan yang berguna untuk membantu anda membuat keputusan.
Reputasi dan Kepakaran
Cari hospital dengan rekod prestasi cemerlang dalam penjagaan bersalin. Utamakan hospital yang terkenal dengan pakar sakit puan dan pakar kanak-kanak yang berkelayakan, berpengetahuan dan berpengalaman. Pilih hospital yang telah diiktiraf oleh organisasi berkelayakan seperti MSQH(Malaysian Society for Quality in Health), JCI, dan ISQua. Cadangan daripada rakan, ulasan ibu-ibu lain dan pandangan doktor atau bidan anda juga turut membantu dalam membuat pilihan terbaik.
Kemudahan dan Kelengkapan
Hospital bersalin yang terbaik seharusnya menyediakan bilik yang bersih, selesa, dan ruang privasi serta dilengkapi dengan kemudahan perubatan yang moden. Pastikan hospital tersebut juga mempunyai unit rawatan rapi neonatal (NICU) serta pasukan operasi bilik bedah yang bersedia dengan sebarang kes kecemasan pada bila-bila masa.
Selain itu, pilihlah hospital yang menyediakan suasana mesra keluarga seperti membenarkan suami untuk menemani anda di bilik bersalin atau ahli keluarga terdekat jika suami tidak dapat hadir bersama. Semestinya proses kelahiran tersebut akan lebih tenang dan menjadi salah satu pengalaman paling bermakna buat pasangan anda.
Perkhidmatan Khusus
Kebanyakan hospital bersalin kini menawarkan pakej bersalin yang bersesuaian termasuk kelahiran secara normal, pilihan suntikan epidural dan pembedahan caesarean elektif. Pastikan hospital yang dipilih memenuhi kriteria serta menepati kehendak khusus yang anda inginkan. Semak sama ada hospital pilihan tersebut menyediakan kelas antenatal dan perkhidmatan penjagaan selepas bersalin seperti sokongan penyusuan susu ibu (Inisiatif Hospital Rakan Bayi, BFHI) dan perkhidmatan kejururawatan pasca bersalin.
Kos dan Perlindungan Insurans
Fahami struktur harga dan pastikan sama ada kos penginapan hospital dilindungi oleh polisi insurans majikan atau polisi peribadi anda. Bagi ibu yang membayar secara tunai terdapat beberapa hospital yang menawarkan pakej bersalin yang menarik dan dapat membantu anda untuk membuat perbandingan bersuaian dengan bajet tanpa mengorbankan kualiti penjagaan.
Lokasi dan Aksesibiliti
Pilih hospital yang berdekatan dengan rumah untuk memastikan anda dapat sampai dengan segera semasa kecemasan utuk bersalin terutamanya dikawasan bandar dan pusat bandar yang mungkin mengalami aliran trafik dan aksesibiliti pada waktu tertentu.
Mengutamakan penjagaan pesakit
Pilihan hospital bersalin yang tepat akan mempengaruhi pengalaman bersalin anda. Oleh itu, pilihlah hospital yang mempunyai budaya mengutamakan penjagaan pesakit dengan menyediakan kakitangan yang komited, berdedikasi, bertanggungjawab dan berintegriti. Menghormati pilihan proses bersalin anda dengan memberikan penjagaan yang terbaik dan cemerlang.
Selain itu, pertimbangan anda mengenai elemen seperti budaya hospital, kepakaran, kemudahan, dan kos akan mempengaruhi anda untuk membuat keputusan dengan yakin. Setiap ibu berhak untuk menyambut bayi mereka dalam persekitaran yang selamat dan penuh sokongan.
Dr Awang Nila Bin Ismail
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi
(Ketua O&G)
Hospital Pakar KPJ Perdana
kpjhealth.com.my/perdana | kpjperdanaspecialisthospital | kpjperdanaspecialisthospital