Metabolisma Tubuh:
Fakta Penting
Untuk Diketahui
Jika metabolisme badan tinggi, maka lagi cepatlah lemak-lemak yang berkumpul di badan itu terbakar. Jika kadar metabolisme badan anda rendah, anda masih boleh mengurangkan berat badan cuma ianya mengambil masa yang lebih sahaja.
Perkara yang paling sensitif apabila disentuh oleh rakan-rakan serta ahli keluarga adalah mengenai berat badan. Ianya satu topik perbualan yang paling tidak digemari oleh sesiapa pun dan jika boleh mahu melarikan diri apabila disoal mengenai hal ini. Soal berat badan boleh membuatkan si pendengar berasa kecil hati dan tersinggung.
Belum terlambat untuk anda lakukan perubahan sihat pada tubuh badan anda! Menurunkan berat badan sebanyak 6-10 kilogram dalam masa yang singkat bukanlah perkara yang mustahil, asalkan anda tahu cara-cara handak mencapainya dengan selamat dan berkesan.Ingin mencuba? Jom!
Minum Segelas Air Suam Dengan Lemon Setiap Pagi
Setiap pagi, amalkan minum air lemon panas atau saum segelas. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu potong dua keping lemon dan masukkan dalam air panas dan kacau sebelum minum. Jika anda mahu rasa yang lebih memikat, boleh tambahkan daun pandan. Aroma serta daun pandan amat menenangkan jiwa! Amalkannya setiap pagi untuk permulaan ynag sihat bagi hari anda.
Elakkan Nasi Buat Masa Ini
Ini adalah satu perkara yang amat sukar sekali untuk diamalkan. Sepanjang tempoh diet, jangan sesekali mengambil nasi, terutamanya nasi putih, yang tinggi kandungan karbohidrat ringkas. Ianya sedikit mencabar tetapi jika anda mahu keputusan yang terbaik, anda perlu tegas dengan langkah ini. Makanlah lauk-pauk yang berkhasiat dan tidak mengandungi terlalu banyak gula sebagai penyedap. Biarlah pengambilan karbohidrat anda didatangkan dalam bentuk complex carbohydrates, seperti kentang, ubi, roti bijiran penuh, capati, sayur labu dan sebagainya. Jika anda ingin juga manjamah nasi, cubalah brown rice ataupun bijiran quinoa, iaitu pengganti nasi yang kian popular.
Gunakan Mangkuk Kecil
Sewaktu makan, gunakan pinggan atau mangkuk yang kecil untuk memberi ilusi pinggan yang penuh. Pinggan atau mangkuk yang besar memberi signal untuk anda penuhi dengan makanan, dengan itu, jumlah makanan yang dijamah pun dalam kuantiti yang besar. Oleh itu, gunakan mangkuk yang kecil dan isi dengan sayur dan diselangi dengan sedikit lauk-pauk.
Makan Pada Masa-Masa Tetap
Jangan sesekali ‘skip’ waktu makan. Anda masih perlu makan tiga kali sehari iaitu untuk sarapan pagi, tengah hari serta makan malam. Makan malam yang ideal adalah sebelum pukul 7 malam. Banyakkan mengambil sayur untuk penghadaman yang lebih cepat dan juga untuk nutrisi yang lebih tinggi. Cubalah sup sayur campur yang ringkas tanpa minyak. Caranya, renihkan beberapa jenis sayur (sawi, kacang buncis dan lobak sebagai contoh) dalam periuk berisi air secukupnya. Tabahkan garam sedikit. Dah siap! Ini adalah contoh makan malam yang sedap, ringan dan ia menyokong usaha anda untuk menurunkan berat badan anda dalam masa singkat.
Air Masak Jangan Dilupakan
Jangan lupa untuk mengamalkan air masak setiap masa, dan sambil itu, tinggalkan minuman lain seperti sirap, soda, dal lain-lain. Dapatkan air masak yang secukupnya untuk membantu anda berasa kenyang, supaya tidak terlebih makan.
Tahukah Anda?
Dah makan tetapi masih lapar? Tahukah anda bahawa tubuh kita kadang-kadang memberikan signal yang rumit sedikit, di mana badan anda inginkan air, tetapi signalnya adalah sensasi kelaparan pula. Oleh itu, jika anda telahpun makan namun masih lagi lapar, cubalah minum segelas atau dua air kosong. Sensasi lapar pasti hilang!
Tubuh anda memerlukan air yang secukupnya supaya sentiasa terhidrat dan beffungsi dengan lebih cekap. Tubuh yang tidak mempunyai tahap penghidratan yang baik akan berasa letih, tidak bermaya dan juga tak bertenaga. Amalkan juga memakan buah-buahan kerana ia boleh mengenyangkan malah berkhasiat dan juga sedap.
Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat.
Setiap kali ada masa lapang, lakukan senaman yang mudah dan ringkas. Ikut ratio ini iaitu 80% diet dan 20% bersenam. Jangan diet semata-mata tanpa melakukan sebarang senaman ia tidak sihat untuk tubuh badan anda. Berjalan selama 30-45 minit sehari pun dikira sebagai senaman. Jika anda benar-benar ingin menurunkan badan, selain berjalan setiap hari seperti disyorkan di atas, ikutilah senaman-senaman kardio (boleh diikuti melalui YouTube!) sebanyak 2-3 kali semminggu.
Jauhi Makanan-Makanan Berikut:
Ayam goreng
Minuman manis
Gula-gula
Kek, dan kuih
Aiskrim
Makanan yang telah diproses secara berlebihan
Snek berkabohidrat tinggi