Youvit Meraikan Kolaborasi Eksklusifnya dengan Watsons Selaku Hos Acara Keramaian “Beauty from Within”

Kesihatan kulit dan rambut amat bergantung pada gaya hidup seseorang, terutamanya tabiat pemakanan individu. Sekalipun rutin kecantikan biasa dengan menggunakan produk sapuan boleh membantu cara penjagaan dari luar, sesungguhnya usaha membelai kulit dan rambut secara alami dari dalam sama penting demi mencapai kejelitaan luar dan dalam.

(Kiri ke kanan) Maarten Vrouenraets, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi Youvit, Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Sam Wong, Pengurus Besar Vast Diversified

Selaku perintis produk gummy kecantikan, Youvit menawarkan tiga produk dalam rangkaian kecantikannya, iaitu gummy yang mengandungi Niacinamide, Biotin, dan Kolagen. Setiap produk dirumus khas untuk memberikan hasil yang menyeluruh supaya kecantikan anda kekal berpanjangan. “Melabur dalam kecantikan bukanlah sekadar membuat rawatan muka, namun kita seharusnya menangani punca utama yang menjurus pada masalah kecantikan yang selalu dialami wanita seperti keguguran rambut, kulit kering, dan jerawat. Gummy kecantikan kami terhasil daripada penyelidikan yang bertahun lamanya untuk menyediakan vitamin dan mineral yang seimbang supaya dapat memancarkan kecantikan anda dari dalam. Dengan cara ini, kami bukan sahaja melonjakkan penampilan anda namun juga kesejahteraan anda secara keseluruhan” ujar Maarten Vrouenraets, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi Youvit.

Dengan gummy kecantikan yang sedap dikunyah, Youvit berusaha keras mengejar misinya untuk menjadikan tabiat hidup sihat sesuatu yang menyeronokkan. Youvit Niacinamide Gummies mengandungi Niacinamide dan Aloe Vera yang dirumus khas untuk menyerikan wajah supaya kulit bebas cela. Youvit Biotin Gummies pula mengandungi Biotin dan Ginseng yang dirumus khas untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat bagi mengelakkan rambut gugur. Kemudian, Youvit Collagen Gummies mengandungi 1000 mg Kolagen dan buah-buahan terbaik untuk membantu mengekalkan keremajaan kulit supaya kekal berseri. Pakar nutrisi mengesyorkan pengambilan ketiga-tiga produk sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan harian anda. “Nutrien, seperti vitamin dan antioksidan memainkan peranan penting dalam menambah baik struktur kulit. Pengambilan vitamin, mineral, dan antioksidan yang mencukupi dapat memastikan penjagaan kulit dan rambut yang lebih sihat,” kata Gabriele Havelaar, Ketua Pakar Nutrisi di Youvit.

Maarten Vrouenraets, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi Youvit

Sejak Youvit Beauty Gummies diperkenalkan pada akhir tahun 2022 eksklusif di Watsons, produk Youvit ini laku keras, dengan lebih 2 juta gummy terjual sehingga menjadi bualan ramai pengguna di media sosial yang teruja dengan hasilnya. Mengakui pencapaian yang memberangsangkan ini dan semangat positif akan pertumbuhan strategik tatkala 2024 membuka tirainya, Youvit Malaysia menganjurkan acara besar-besaran “Ready, Set, Glow: Beauty from Within” untuk menyebar luas khasiat yang pelbagai gummy ini. Usaha sama dengan Watsons bakal menampilkan VIP terkemuka dari Youvit dan Watsons, Pempengaruh, Pakar Nutrisi dan Wartawan. Bagi Youvit dan Watsons, acara “Beauty from Within” ini menandakan pencapaian terpenting masing-masing dalam komitmen ke arah penjagaan kecantikan secara holistik. “Sebagai saluran yang memberikan tumpuan kepada kecantikan, Watsons dikenali ramai kerana berjaya menarik peminat kecantikan yang bersungguh-sungguh menambah baik kecantikan diri melalui penjagaan kulit dan penjagaan rambut secara tersendiri. Kami percaya usaha sama ini sejajardengan misi Youvit untuk memenuhi keperluan kesihatan & kecantikan generasi baharu melalui cara yang menyenangkan,” kata Maarten Vrouenraets, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi Youvit.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web Youvit di www.youvit.com.my.

About Us | Contact Us
@2020 NaturalHealth.my. All Rights Reserved.