Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang nampaknya sudah mula beralih kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di kampung ataupun tinggal di bandar. Masing-masing seakan – akan sudah melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung. Ramai yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering menjadi pilihan.
Ada kebaikan menggunakan tandas cangkung
Lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak apabila duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.
Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.
Di samping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran (backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. “backflow” ini menyebabkan toxins diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toxins tersebut.
Sekadar makluman, dalam Islam makruh bagi kita memakan hati (organ dalaman).Ramai mempersoalkan sedangkan hati mempunyai khasiatnya yang tersendiri juga. Jawapannya adalah memandangkan kita tidak tahu di bahagian hati manakah khasiat tersebut disimpan
dan salah satu fungsi major hati adalah untuk mengneutralkan toxins/dadah , rasanya lebih wajar kita tidak digalakkan memakannya.
Untuk pengetahuan anda juga, penggunaan tandas duduk merupakan penyebab no. 2 kepada kanser kolon di United States, kerana semua rakyat US menggunakan tandas duduk,kerana pada fikiran kasar, tandas duduk memberi kemudahan dan kesenangan terhadap penggunanya.
Dan di dalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.
Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Terserahlah, tetapi harus diingat, jangan kalau di rumah tandas jenis duduk tapi kita pergi pulak mencangkung, bahaya tu, boleh menyebabkan kemalangan. Jangan berbuat demikian.
Yang mana pilihan anda?
Seorang Peneliti Jerman baru-baru ini mendakwa bahawa masyarakat di negara – negara Barat memiliki kebiasaan buang air besar yang salah dengan duduk di tandas.
Giulia Enders, seorang ahli mikrobiologi Jerman menulis dalam bukunya, Charming Bowels. Ia mengeksplorasi masalah kesihatan usus, sembelit, hingga bakteria.
Buku yang pernah dianugerahkan sebagai minggu popular juga menerangkan bagaimana cara buang air besar yang benar.
Posisi duduk untuk buang air besar pada kenyataannya adalah salah dan justeru menyulitkan prosesnya, jelas Enders. Hal ini juga dapat menjelaskan mengapa hemoroid (wasir) dan penyakit usus yang menyakitkan, seperti divertikulitis lebih umum di Barat daripada di Asia, ia menambahkan.
“Sekira 1,2 juta orang di seluruh dunia yang memiliki budaya buang air dengan mencangkung tidak memiliki insiden diverticulitis dan masalah dengan kotoran lainnya. Kami di Barat terbiasa memeras jaringan usus kita sampai keluar,” jelasnya, seperti dikutip dari Dailymail.
Mencangkung adalah cara yang benar. Jika anda hanya mempunyai tandas duduk di rumah, anda boleh menggunakan bangku kecil untuk meletakkan kaki ketika duduk (untuk mendekatkan tungkai kaki ke torso) dan menolak tubuh ke depan biasa membantu memperlancar buang air besar. Enders menyimpulkan bahawa mencangkung adalah cara yang lebih efektif untuk mengeluarkan kotoran dalam perut, daripada duduk di toilet dari abad ke-19 bergaya Thomas Crapper.
“Saat anda berdiri atau duduk, ada otot yang mengelilingi ujung kolon (anus-red) yang tertarik sehingga menyumbat saluran kolon. Mencangkung jauh lebih alami dan mengurangi tekanan yang menahan kotoran di dalam usus,” jelasnya.
Cangkung vs duduk
Tandas cangkung digunakan secara meluas di negara-negara Asia dan Afrika. Pergilah sampai ke China, Jepun, Turki atau Uganda sekalipun pasti anda akan jumpa tandas cangkung. Namun di Perancis telah digunakan sejak abad 20 termasuklah negara-negara Eropah Timur dan Russia. Jadinya, tandas cangkung dikategorikan sebagai tandas tradisional berbanding tandas duduk yang dianggap lebih moden.
Ramai yang berpendapat tandas cangkung lebih bersih, ini kerana tiada sentuhan kulit berbanding tandas duduk. Ada betulnya, tandas jenis duduk punya risiko mengotorkan pakaian dari percikan air takungan tandas. Namun tandas duduk paling sesuai untuk warga tua dan kelainan upaya yang susah untuk mencangkung.
Kalau tak biasa atau tiada tandas cangkung, anda boleh guna teknik ini…
Squat potty atau tapak kekuda ini dapat menukar cara tandas duduk dengan mencangkung. Ia sudah digunakan secara meluas di barat atau mana-mana rumah yang tidak punya tandas cangkung. Walaubagaimanpun cara ini kurang berkesan dan tidak sama semulajadi dengan mencangkung.
Persoalannya sekarang ternyata kebaikan dalam sistem pembuangan lebih menjurus kepada tandas cangkung. Namun seperti yang dikatakan ia lebih kepada sifat peribadi dan keselesaan pengguna.
Bab pilih tandas sebenarnya agak peribadi. Ia mengikut kehendak dan keselesaan individu itu sendiri. Kalau diikutkan kini terdapat dua jenis tandas yakni tandas duduk dan tandas cangkung. Ada sesetengah rumah, ada dua jenis tandas ini dan sebaliknya.
Tiada bezanya dua tandas ini, ia bekerja sebagai tempat sistem pembuangan sisa dari manusia iaitu najis, muntah, darah haid atau apa sahaja. Tapi apa bezanya tentang rekaan tandas ini, satu anda kena mencangkung dan satu lagi anda hanya perlu duduk.
Apapun, pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang tepat asalkan sihat untuk anda sekeluarga. Selain sihat, buatlah pilihan yang selamat dan tidak memudaratkan diri anda mahupun keluarga seisi rumah.
4 Alasan Kena Pilih Tandas Cangkung
•Secara azalinya, najis lebih mudah keluar apabila bukaan rektum yang luas dan otot sekeliling lebih rileks.
•Kajian mendapati pengguna tandas cangkung rendah risiko dalam jangkitan kolon usus.
•Kebanyakan pengguna tandas duduk lebih banyak meneran dan menyebabkan buasir luar!
•Perasan tak, pembuangan lebih rasa puas dan terelak dari masalah sembelit.