Suplemen Menopaus Semula Jadi TERBAIK (Berasaskan Tumbuhan)
Diet Menopaus: Apa yang Perlu Dimakan dan Apa yang Perlu Dielakkan
Menopaus adalah fasa semula jadi dalam kehidupan setiap wanita, yang menandakan berakhirnya tahun reproduktifnya. Ia biasanya berlaku pada lewat umur 40-an atau awal 50-an. Wanita biasanya akan melalui fasa perubahan hormon yang boleh membawa kepada pelbagai gejala, termasuk rasa panas yang teruk secara tiba-tiba, perubahan mood dan penambahan berat badan. Pemakanan yang seimbang semasa menopaus sangat penting untuk mengawal gejala ini dan menggalakkan kesihatan serta kesejahteraan terbaik keseluruhannya.
MAKANAN UNTUK MELEGAKAN SINDROM KEMURUNGAN KETIKA MENOPAUS
Makan makanan yang betul semasa menopaus sebenarnya boleh membantu dalam melegakan sebarang gejala yang berlaku pada fasa ini. Antara makanan terbaik yang perlu anda makan pada fasa menopaus adalah seperti:
Makanan Tinggi Kalsium
Wanita menopaus menghadapi peningkatan risiko osteoporosis yang tinggi. Justeru pengambilan makanan yang tinggi kalsium adalah sangat penting. Ini termasuklah memasukkan makanan seperti produk tenusu, sayur-sayuran berdaun, dan susu berasaskan tumbuhan ke dalam diet harian anda untuk menyokong kesihatan tulang.
Sumber Vitamin D
Vitamin D adalah penting untuk penyerapan kalsium dan kesihatan tulang. Biarkan tubuh badan anda terdedah kepada cahaya matahari secukupnya dan makan makanan seperti ikan berlemak, kuning telur dan bijirin untuk mengekalkan tahap vitamin D yang mencukupi.
Protein tanpa lemak
Protein adalah penting untuk penyelenggaraan dan pemulihan otot. Pilih sumber protein tanpa lemak seperti ayam, ikan, tauhu dan kekacang untuk menyokong kesihatan otot dan mengawal berat badan.
Bijirin Penuh
Karbohidrat kompleks yang terdapat dalam bijirin penuh membekalkan fungsi tenaga yang stabil dan boleh membantu mengawal perubahan mood serta keletihan. Memasukkan makanan yang berbijirin penuh seperti quinoa, beras perang dan oat ke dalam diet pemakanan anda sangat penting.
Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan nutrisi seperti tinggi antioksidan, vitamin dan mineral, yang boleh membantu menguruskan keradangan dan menyokong kesihatan tubuh badan. Tujuan kepelbagaian warna-warni dalam diet adalah untuk mendapatkan spektrum nutrien yang lebih luas.
Lemak Sihat
Asid lemak omega-3, yang terdapat dalam ikan, biji rami, dan kacang walnut boleh membantu mengurangkan perubahan mood dan menyokong kesihatan jantung. Masukkan lemak sihat ini ke dalam diet anda untuk keseimbangan hormon.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
Sesetengah makanan boleh menyebabkan fasa menopaus anda menjadi lebih teruk. Justeru, berhati-hatilah dengan makanan seperti:
Kafein dan Alkohol
Kafein dan alkohol boleh menyumbang kepada rasa panas yang teruk dan tidur jadi terganggu. Hadkan pengambilan minuman berkafein dan alkohol untuk meminimumkan gejala tersebut.
Makanan Bergula dan Diproses
Gula halus dan makanan yang diproses boleh menyebabkan penambahan berat badan dan memburukkan lagi perubahan mood. Pilih makanan dari sumber asli dan tidak diproses untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan mood yang stabil.
Makanan Pedas
Makanan pedas boleh mencetuskan rasa panas pada sesetengah wanita. Jika anda merasakan perubahan tersebut, pertimbangkanlah untuk kurangkan pengambilan hidangan yang pedas.
Dalam perjalanan seorang wanita melalui fasa menopaus, pengambilan diet yang seimbang dan berkhasiat memberi kesan yang amat ketara kepada kesejahteraan mereka. Fokuskan kepada makanan yang menyokong kesihatan tulang, mengawal berat badan, dan mengurangkan gejala biasa seperti rasa panas teruk sehingga berpeluh dan perubahan mood. Dengan menggabungkan makanan yang tinggi dengan kalsium, protein tanpa lemak, bijirin penuh, dan pelbagai buah-buahan serta sayur-sayuran, para wanita boleh membekalkan tubuh mereka dengan nutrien penting yang sangat diperlukan semasa fasa peralihan ini. Pada masa yang sama juga, pastikan anda elak mengambil kafein, alkohol, makanan bergula dan diproses yang berlebihan kerana ia boleh mengurangkan gejala yang berlaku dan menjadikan perjalanan menopaus anda lebih sihat.
最佳更年期天然保健品(植物性)
女性更年期饮食这样吃!六多三少减缓更年期不适
更年期是女性生命中的一个自然阶段,它标志着女性从生育年龄过渡到非生育年龄。很多女性朋友大多在40岁到50岁进入更年期,身体出现激烈的激素变化,也可能会带来一连串的身体反应,比如潮热出汗、感觉疲惫、喜怒无常、睡眠障碍和体重上升等等。因此,保持健康的生活方式对于顺利度过更年期非常重要。以下是一些更年期饮食建议,帮助女性朋友在更年期享受健康人生。
更年期要多吃的食物
增加钙质摄取
更年期期间,女性更容易出现骨质疏松症,因此应增加钙质摄取,比如奶制品、绿色蔬菜和植物奶等,以保持骨骼健康。
多吃维生素D食物
维生素D对于促进钙质吸收和保持骨骼健康至关重要。晒太阳是获得维生素D的重要途径,同时要补充富含维生素D的食物,考虑食用富含脂肪的鱼类、蛋黄和强化的早餐谷物食品等,重要的是维持足够的维生素D水平。
选择优质蛋白质
蛋白质对于肌肉修复和生长至关重要。摄取瘦肉蛋白的丰富来源:如家禽、鱼类、豆腐和豆类,以维持肌肉健康和理想体重。
选择全谷物食品
全谷物的复合碳水化合物可以为人体提供较为稳定的能量,有助于降低情绪波动和舒缓疲劳。不妨考虑将藜麦、糙米和燕麦等食物列入日常饮食菜单。
多吃水果和蔬菜
水果和蔬菜富含丰富的抗氧化剂、维生素和矿物质,有助于身体降低炎症,并有利促进身体的整体健康。建议还应该注意挑选多样化品种、色彩鲜艳的水果和蔬菜,以确保摄取多种营养素。
选择健康的脂肪
鱼类、亚麻籽与核桃中的Omega-3脂肪酸,有助调节情绪,并促进心血管健康。不要对脂肪避之不及,摄取健康的脂肪有助于保持人体激素的平衡状态。
更年期少吃的食物
限制过度饮酒和咖啡因
含有咖啡因和酒精饮料均可能导致更年期女性的燥热症状更严重,并影响睡眠质量,因此应尽量避免过度饮酒和摄入大量咖啡因。
少吃甜食与加工食品
摄入过多的糖分和加工食品,导致更年期后的女性更容易出现身体发胖和体重增加问题,还会容易引起忧郁等情绪不稳状况。建议选择未加工的天然食物,以维持健康的体重和稳定情绪。
少吃辛辣食品
人到更年期情绪波动较大,易激动、烦躁,吃过多辛辣刺激性食物可能会加重更年期的燥热症状。建议更年期女性应避免食用过量的辛辣食物。
M+ Balance 守护更年期女性更健康!
女性在经历更年期的过程中,如果懂得提早调养饮食习惯,不仅可以延缓更年期的到来,更可以减轻更年期身体的不适,甚至会对身体产生深远的影响。总的来说,更年期女性应特别关注骨骼健康、维持理想的体重,以及减缓更年期常见的燥热和情绪阴晴不定等症状。通过多吃更多富含钙质、瘦蛋白、全谷物及各类水果和蔬菜的食物,为身体提供所需的关键营养,才能更好地度过这个特殊时期。同时,应注意避免过度饮酒、喝大量的咖啡因饮料、少吃甜食及加工食品,让更年期生活更加健康愉快。M+ Balance 严选多种优质的天然植物成分,经科学验证其真实有益缓解许多常见的更年期症状,以温和及天然的方式维持荷尔蒙平衡,活力充沛迎接更年期。