Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) Dinamakan Hospital No.1 Malaysia Bagi Pediatrik Dalam Ranking Hospital Khusus Terbaik Dunia 2027 oleh Newsweek

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) mencatat satu pencapaian besar dengan penarafan buat julung kalinya dalam senarai Hospital Khusus Terbaik Dunia 2027 oleh Newsweek.

Main image: Pengiktirafan ini seiring dengan pengukuhan perkhidmatan pediatrik SMC menerusi pembukaan Menara F, sebuah menara khas yang menawarkan penjagaan menyeluruh dan berkepakaran khusus untuk kanak-kanak.

SMC meraih No.1 Malaysia bagi Pediatrik, di mana Onkologi diiktiraf sebagai bidang rawatan yang paling cemerlang dalam kepakaran tersebut.

Pencapaian ini bertepatan dengan perkembangan perkhidmatan pediatrik SMC menerusi pembukaan Menara F, iaitu Menara Kanak-kanak khas hospital berkenaan, sekali gus memperkukuhkan lagi keupayaan hospital untuk menyediakan penjagaan kesihatan kanak-kanak yang menyeluruh, bersepadu dan berteraskan keluarga.

Penarafan ini meletakkan SMC dalam kalangan hospital terkemuka dunia sebagai sebahagian daripada ranking global yang merangkumi 13 bidang kepakaran perubatan, termasuk Mayo Clinic – Rochester (Amerika Syarikat), Cleveland Clinic (Amerika Syarikat) dan Johns Hopkins Hospital (Amerika Syarikat).

Dato’ Lau Beng Long, Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway berkata, “Pengiktirafan sulung dalam senarai Hospital Khusus Terbaik Dunia oleh Newsweek adalah satu pencapaian yang amat bermakna bagi hospital utama kami. Ia mencerminkan perkembangan kami dalam kepakaran pediatrik, onkologi dan neurologi di peringkat serantau. Pengiktirafan dalam bidang pediatrik khususnya amat signifikan dan diperoleh pada masa yang tepat sempena dengan pembukaan Menara Kanak-kanak khas kami dengan kapasiti 216 katil. Menara ini menghimpunkan pelbagai perkhidmatan subkepakaran pediatrik, termasuk hematologi dan onkologi pediatrik yang disokong oleh pasukan multidisiplin pediatrik.”

Selaras dengan komitmen hospital terhadap penjagaan khusus, SMC mempunyai Pusat Kesihatan dan Perkembangan Kanak-kanak, yang merangkumi subkepakaran pediatrik yang menyeluruh dalam kalangan hospital di Malaysia. Menara Kanak-kanak yang baharu ini sekali gus meningkatkan lagi keupayaan pediatrik SMC dengan rangkaian subkepakaran pediatrik yang lebih luas dalam persekitaran direka khas untuk kanak-kanak.

Menara F memperkukuh lagi perkhidmatan pediatrik SMC menerusi penjagaan bersepadu serta kemudahan khusus termasuk wad pesakit dalam kanak-kanak, Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan Pusat Kecemasan Kanak-Kanak khusus hospital swasta pertama di Malaysia.

SMC juga merupakan hospital swasta pertama di Malaysia yang menubuhkan Pusat Kecemasan & Walk-In Kanak-Kanak 24 jam. Pusat ini menyediakan rawatan kecemasan bagi bayi, kanak-kanak dan remaja, dan turut dilengkapi Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) yang komprehensif serta kemudahan wad pesakit dalam yang khas.

Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, berkata, pengiktirafan ini membuktikan komitmen hospital terhadap kecemerlangan klinikal dan penjagaan berpusatkan pesakit, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju penjagaan kesihatan, khususnya dalam bidang pediatrik.

“Penarafan ini mencerminkan kekuatan klinikal kepakaran khusus hospital. Dengan pembukaan Menara Khusus Kanak-kanak, pesakit kini mempunyai akses kepada penjagaan bersepadu dan penjagaan pediatrik komprehensif merangkumi konsultasi, diagnosis dan rawatan yang disokong pasukan pelbagai disiplin.

“Kami kekal komited untuk memperkukuh kecemerlangan klinikal serta memperluas perkhidmatan penjagaan kesihatan khusus bagi memastikan standard tertinggi dari segi keselamatan, kepuasan dan hasil rawatan pesakit.”

Pengiktirafan dalam bidang pediatrik sangat bermakna seiring dengan langkah SMC yang terus memperluaskan perkhidmatan dan kemudahan khusus bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan kanak-kanak di pelbagai peringkat rawatan.

Selain keupayaan klinikal, Menara F telah direka dengan teliti menggunakan pendekatan berteraskan kanak-kanak dan keluarga, dengan kelengkapan yang sesuai mengikut peringkat umur, persekitaran yang ceria serta pemandangan hijau dan tarikan disekitarnya. Ciri-ciri ini menyokong pendekatan holistik SMC dalam penjagaan pediatrik dengan mengambil kira keperluan kanak-kanak dan ahli keluarga.

Menara F direka dengan mengambil kira keperluan kanak-kanak dan keluarga, menampilkan reka bentuk yang sesuai mengikut peringkat umur, ruang yang ceria dan mesra kanak-kanak untuk persekitaran yang selesa.

Pengiktirafan terbaharu dalam Hospital Khusus Terbaik Dunia 2027 oleh Newsweek, yang turut menyenaraikan SMC sebagai No.1 Malaysia untuk Neurologi dan ranking tertinggi bagi Onkologi, mengukuhkan lagi kedudukan SMC dalam pelbagai ranking penjagaan kesihatan oleh Newsweek.

Prestasi bermakna ini berikutan pengiktirafan SMC bagi tahun keempat berturut-turut dalam ranking Hospital Khusus Terbaik Asia Pasifik 2026 oleh Newsweek, dengan pencapaian merangkumi lapan bidang kepakaran termasuk Pediatrik, Onkologi dan Neurologi.

SMC juga menduduki tempat pertama di Malaysia dalam ranking Hospital Terbaik Dunia oleh Newsweek bagi tahun 2025 dan 2026, selain dinobatkan sebagai hospital terbaik di Malaysia dalam ranking Hospital Pintar Terbaik Dunia 2026 oleh Newsweek.

Pandangan dari udara Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway.

Sebagai hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia dan hospital utama Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (SHG), SMC mempunyai lebih daripada 300 perunding perubatan residen merangkumi 80 bidang kepakaran perubatan serta 28 Pusat Kecemerlangan.

Susulan pembukaan Tower F, kapasiti katil berlesen hospital kini meningkat kepada 961 katil, sekali gus meningkatkan keupayaan hospital dalam penyampaian perkhidmatan rawatan kompleks dan khusus merentasi pelbagai bidang perubatan.

SMC juga merupakan hospital swasta pertama di Malaysia yang memperoleh tiga akreditasi hospital utama, iaitu Akreditasi Gold Seal of Approval dari Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (Joint Commission International – JCI) dari Amerika Syarikat, Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Australia Antarabangsa (Australian Council on Healthcare Standards International – ACHSI) dan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (Malaysian Society for Quality in Health – MSQH).

Senarai Hospital Khusus Terbaik Dunia 2027 oleh Newsweek menilai hospital berdasarkan tiga komponen utama iaitu rekomendasi profesional kesihatan antarabangsa, akreditasi serta pensijilan khusus mengikut bidang kepakaran, dan tinjauan Patient-Reported Outcome Measures (PROMs). Pendekatan ini menyediakan penanda aras global dalam mengukur tahap kepakaran bidang penjagaan kesihatan khusus.

 

About Us | Contact Us
@2020 NaturalHealth.my. All Rights Reserved.